31 December 2011

ketupat sotong terengganu



Pada kali ini saya akan berkongsi lagi satu resepi istimewa dari Terengganu iaitu ketupat sotong Terengganu. Antara bahan-bahannya :
1 kg sotong (6 @ 7 ekor)
400 grm beras pulut (direndam selama 2 @ 3 jam)
1 inci halia (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil halba
1 ½ biji kelapa
Santan pekat 1 cawan (perahan pertama)
Santan cair 4 cawan (perahan kedua)
Lidi kelapa (dipotong 2 inci)
Gula secukupnya (1 sudu kecil)
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Sotong dibuang kulit nipis , dibasuh bersih & ditoskan
Pulut dimasak (tanak) seperti biasa
Apabila pulut masak  , masukkan ke dalam sotong (anggaran ¾ penuh)
Masukkan sotong tersebut k dalam periuk bersama-sama 4 cawan santan cair (perang kedua) sehingga mendidih
Kemudian , masukkan pula halia , bawang merah , halba  & serai
Akhir sekali , masukkan 1 cawan santan pekat (biar mendidih sekejap) & agak pekat
Angkat & sedia untuk dihidangkan

1 comment:

  1. Casino Hotel, Atlantic City, NJ | Mapyro
    Casino 순천 출장안마 Hotel, 김포 출장샵 Atlantic City, NJ. 과천 출장샵 (609) 317-5000. Casino 영주 출장안마 Hotel Map, Hotel, Map. Map. 동두천 출장샵 Hotel Address, 255 N.J.

    ReplyDelete