31 December 2011

ketupat sotong terengganu



Pada kali ini saya akan berkongsi lagi satu resepi istimewa dari Terengganu iaitu ketupat sotong Terengganu. Antara bahan-bahannya :
1 kg sotong (6 @ 7 ekor)
400 grm beras pulut (direndam selama 2 @ 3 jam)
1 inci halia (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil halba
1 ½ biji kelapa
Santan pekat 1 cawan (perahan pertama)
Santan cair 4 cawan (perahan kedua)
Lidi kelapa (dipotong 2 inci)
Gula secukupnya (1 sudu kecil)
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Sotong dibuang kulit nipis , dibasuh bersih & ditoskan
Pulut dimasak (tanak) seperti biasa
Apabila pulut masak  , masukkan ke dalam sotong (anggaran ¾ penuh)
Masukkan sotong tersebut k dalam periuk bersama-sama 4 cawan santan cair (perang kedua) sehingga mendidih
Kemudian , masukkan pula halia , bawang merah , halba  & serai
Akhir sekali , masukkan 1 cawan santan pekat (biar mendidih sekejap) & agak pekat
Angkat & sedia untuk dihidangkan

16 December 2011

puding gula hangus (karamel)



Bahan-bahan:
: gula hagus :
½ cawan gula
2 ½ cwan air
: puding :
10 biji telur
¾ cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil tepung kastad
1 sudu besar esen vanilla
1 tin nenas (utk hiasan)
Cara-cara:
: gula hangus :
Gula digoreng hingga agak perang & berbuih
Masukkan air,biarkan menggelegak sekejap (sejukkan)
: pudding :
Pecahkan telur,kacau sebati
Kemudian, masukkan susu cair,tepung kastad,gula & esen vanilla,kacau sebati
Tapiskan dgn penapis besi sebanyak 2 kali
Masukkan gula hangus tadi ke dalm Loyang (8 inci)
Terus curahkan adunan pudding di tengah-tengah gula hangus tadi
Sedia untuk di kukus selama  40 minit

Selamat mencuba ,..!!!

13 December 2011

jemput pisang teganu


Bahan-bahan:
1 blender pisang (5 cawan-yg tlh dilecek-)
3 biji telur
5½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
2 sudu kecil garam
1 @ ¾ cawan gula
Cara-cara:
Pisang d’campur dgn telur ,gula & soda bicarbonate d’blend
Adunan yg d’blend tadi d’masukkan k dlm mangkuk adunan & d’campurkan dgn tepung gandum & garam
Gaul sebati,perap (10 minit)
Digoreng ,sedia untuk d’hidangkan


Selamat mencuba ,..!!!


11 December 2011

mek c0mel (ubi keledek)




Bahan-bahan:

4 @ 5 tongkol ubi keledek (serdehana besar)
3 sudu besar majerin
Garam secukupnya (ketika merebus)
4 cawan gandum
Gula secukupnya (untuk inti)

Cara-cara:

Seperti biasa,ubi d’rebus bersama garam
Apabila ubi empuk (buang kulit)
D’penyekdgn lumat & d’campurkan dgn majerin
Kemudian d’masukkan tepung gandum
Uli sebati
Sekiranya aduna masih melekat di tangan +kan lagi sedikit gandum
Bulat-bulatkan adunan tadi & leperkan dan masukkan 1 @ ½ sudu kecil gula
Bentukan membujur (seperti dlm gambar)
Akhir sekali,goreng sehingga masak
Angkat & hidangkan....


Selamat mencuba ,..!!!

09 December 2011

lempeng nyior @ kelapa teganu



Bahan-bahan:

½ kilo gandum
5 sudu besar majerin
2 biji telur
½ cawan gula (manis ikut suka)
Garam secukup rasa
2 biji isi nyior @ kelapa muda berserta dgn airnya sekali (saiz kecil)
1@2 cawan air
+ susu tepung (kalau suka)

Cara-cara:

Satukan semua bahan-bahan di atas
Kacau sehingga sebati
Panaskan kuali(kuali leper),ratakan  satu sudu majerin (di atas kuali)
Tuangkan adunan lebih kurang 2 senduk di atas kuali
Tudungkan selama beberapa minit...
Apabila masak dan agak garing barulah dibalik yg sebelah lagi
Bila sudah masak,angkat dan hidangkan
*boleh juga dimakan dgn gulai kari @ gula...=)

Selamat mencuba ,..!!!

seri kaya labu





Bahan-bahan:

     Biji labu besar
     12 biji telur
     200 ml santan kotak
     2 keping manisan @ gula Melaka(saiz serdahana)
     Garam secukup rasa 
     4 helai daun pandan(untuk menambah aroma)

Cara-cara:
: labu :
     Labu ditebuk mengikut bentuk zig zag(berdasarkan gambar)
     Buang biji di dlmnya
     Masukkan seri kaya yg telah disediakan ke dlm labu
: sri kaya :
     Pecahkan kesemua telur dlm 1 mangkuk
     Kemudian ricikkan manisan@ gula melaka
     Sementara itu,manisan dicampur dgn santan,garam(diblend sehingga sebati)
     Telur dikacau rata @diramas bersama daun pandan
     Kemudian masukkan sekali dgn bahn yg diblend
     Kacau sebati,tapiskan dlm penapis
     Akhir sekali,masukkan  labu yg dibentuk
     Kemudian kukus selama 45 minit

Selamat mencuba .,,!!!