19 November 2011

agar-agar laici






Bahan-bahan:

1 tahil agar agar cap bulan
1 plastik air (plastik bekas agar tadi)
2 cawan gula
1 tin susu cair
2 biji telur
1 tin laici
1 tin cocktail( untuk hiasan)

Cara cara:

Masak agar agar hingga hancur.bila agar agar hancur masukkan gula.,

Biarkan mendidih,

Sementara itu (susu cair,telor.laici) di blend sekali,kemudian masukan bahan yg di blend ke dalam agar agar  yg sedang mendidih,

Akhir sekali  kacau rata masukan dalam acuan,ambil lidi satay,titiskan warna, lorekan spt pelangi........

Maaf.....yang saya  punya hanya di letakan dalam acuan tupperware aja!!!!!!.

Selamat mencuba ,.., !!!

tok haji serban (pulut seri kaya)




Bahan-bahan:

:lapisan bawah:
500gm beras pulut
3/4 cawan santan cair
2 sudu kecil garam
1. Campurkan beras pulut, santan dan garam untuk dikukus dlm loyang 10x10x2 sehingga masak selama 30 minit
:lapisan atas:
12 biji telur gred A
200ml santan
1 sudu kecil garam
2 keping gula melaka (saiz sederhana)
- kalau nak manis lagi blh tambah gula melaka :)

Cara-cara:

 Sementara itu,racip gula melaka dan dicampur dgn 200ml santan pekat (blender)

2. Lepas itu, masukkan dlm mangkuk bhn yg diblender diikuti oleh telur, garam dan sedikit pewarna kuning. Kacau sebati dan tapis dlm penapis.

Keluarkan pulut dari pengukus. Curahkan adunan lapisan atas ke atas pulut tadi.

Kukus lagi selama 45 minit.

Selamat mencuba ,..,!!!

05 November 2011

kek span teganu











Bahan-bahan:

2 gelas gula pasir
2 gelas air
2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu pekat
4 sudu makan majerin
1 sudu makan bikarbonat
10 biji telur(dipukul sehingga kembang)

Cara-cara:

 Panaskan gula pasir sehingga berwarna coklat
 Masukkan 2 gelas air sehingga mendidih(sejukkan
 Susu pekat + majerin(dikacau sehingga putih dan pekat) 
Masukkan telur yang dikepuk ke dalam adunan, kemudian diikuti oleh gula hangus. Kacau sebati.
 Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat.
perap selama 2 @ 3 jam
bakar adunan selama 30 minit.

Selamat mencuba ,..,!!!